Monday, December 30, 2013

Hati seorang anak


Assalamualaikum semua, 

Tiada seorang anak pun yang taknak menjaga hati kedua ibubapa nya. 
Tiada seorang anak pun yang taknak tak jujur dengan kedua ibu bapanya. 
Tiada seorang anak pun yang nak menderhaka kepada ibu bapanya. 
Tiada seorang anak pun tidak mahu mendengar kata-kata ibu bapanya. 

Tetapi....... 

Setiap ibu bapa haruslah beri peluang kepada anak untuk menjaga hati ibubapa. 
Setiap ibu bapa hendaklah mempercayai dan beri peluang kepada anak2. 
Setiap ibubapa jadilah yang lebih memahami dan jangan hanya tahu menghentam anak2.
Setiap ibu bapa hendaklah memeberi peluang kepada anak2 untuk berkata2. 

Mungkin senang bagi diri ini untuk mengata kan apa2. Sebab belum menjadi ibu lagi.. Tetapi jauh disudut hati ingin terus terang dan mengharapkan ibu bapa dapat memahami isi hati ini. Beri peluang hati kecil ini berkata. 

Maaf kan anakmu ini kerana membuat hati papa mama terguris kalau ada walau sekecil zarah. Tidak pernah terasa hati ini untuk tidak mendengar kata papa mama.. Kakak cuba jadi yang terbaik tapi macam tak pernah cukup.. Maaf kan kak mama papa.. Deep down inside kakak tetap anak papa mama. Kak tetap sayang papa mama.. Walau kebanyakkab waktu papa mama pandang rendah dengan kak. 
Kak cuma mahukan keluarga kita yang bahagia macam dulu.. Macam kita banyak grlak ketawa. Macam kita tak banyak berkira. Macam kita sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah beri.. Kalau papa mama jumpa baca entry ini.. Sesungguhnya demi Allah kakak sayang mama papa.. Mama papa je yang ada dalam dunia dan akhirat kak. Kak sanggup lepaskan semua asalkan papa mama bahagia dan tenang.. Cuma kak tak tahu macam mana nak cakap.. Sebab kak takut... Takut akan papa mama takkan nak dengar kata2 kak.. 

SETERUKMANA PUN KELUARGA KITA, SEBAIKMANA PUN KELUARGA KITA, 
KITA TETAP SATU KELUARGA. 

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

I LOVE MYFAMILY 

Sincerely, 

AyuOrked. 


0 comments: