Showing posts with label areyou orked. Show all posts
Showing posts with label areyou orked. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

apa itu SAKA??

Most of people tak tahu tentang ada kewujudan saka ni..Lagi2,  Boleh plak setiap orng tu sendri ada saka nye.. mesti ramai yang tak berapa nak percaya. mana tidak nya..benda ghaib yang tak ada orng nampak dgn mata kasar kita ni.. hanya yang ada kelebihan yang di berikan oleh ALLAH saje boleh melihatnye.

So, dengan ini sy nak kongsi sikit maksud saka ni. sangat menakutkan ok.. sebab benda macam ini biasanya menunggu di luar rumah.. nak kata tak percaya tapi ada betulnya.. kadang2 tu benda mcm ni bkn benda yang boleh diambil dengan remeh je. Sebab benda saka ni adalah sama seperti harta pusaka. kerana kita orang yang zaman serba moden ni mesti tak berapa tahu tentang cerita nenek moyang kita. mesti ada saka kebiasaannye.. nak tahu KENAPA?? sebab kan orang zaman dulu merekamengambil belaan hantu atau jin ini untuk melindungi diri mereka.. bukannya untung kepentingan lain yang kita tahu seperti zaman sekarang ni.. tahu tak? yang saka ni adalah akan diberi sama adil kepada setiap adik beradik jika ada ahli keluarganya mengambil saka. anyway, sy nk bagi sedikit maksudnya and apa yang patut ok.? :)
Selamat Membaca :)



credits to: http://www.penawar.com/saka.html



Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.
Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.





Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:
1.   Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
2.   Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
3.   Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami.
4.   Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
5.   Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.


Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang
membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal
dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari
perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.




 sekian, tq~