Friday, March 14, 2014

MH370 sudah seminggu.

Assalamualaikum 

Sudah menjadi kecoh satu dunia yang kehilangan kapal terbang MAS airlines MH370. Semuanya terjadi pada awal pagi sabtu. Dimana pada pukul 1.30 am more or less masa itu lah kan. Kapal terbang telah hilang dari radar. Pelbagai desas desus yang di buat oleh rakyat malaysia. Semua nya nak luahkan kehandalan masing2. Padahal tiada siapa antara kita tahu mana perginya kapal terbang MH370 kan? Masa ni lah tetiba akan jadi situasi seperti: 

"Latest news tentang MH370..Adik kpd bapak kawan tiga pupu saya keja kat kedai nasik kandaq sepang ceta.... anak dia yg keja courier di bangi ada la kenai sorang porter kat klia. Porter tu baik dgn sorang jurujual kedai jam kat situ yg rapat dgn sorang ptugas mas kat kaunter check in. Ptugas mas tu bagi tau..... mak sdara sorang pgawai mas habaq kat pak penakan dia bahwa pesawat MH370 belum jumpa lagi...sekian.." 

Dan macam2 lagi.. Faham2 je lah kan.

Dalam pada seminggu setelah hilangnya MH 370. Pelbagai cara telah dilakukan oleh malaysia malah ada beberapa negara yang menawarkan pertolongan untuk mencari MH370. Tak dilupakan dengan semua yang nak cari publisiti kan. Contohnya: pakcik bubu, pempuan cockpit dan sebagainya. 

Ala hasil, sebenarnya semua sudah tertulis oleh Allah. Setiap apa yang berlaku walau sekecil zarah pun Allah dah tentukan. Tapi. Kita sebagai hambanya terus hanyut mengejar duniawi. Termasuklah sy. Ya Allah betapa hinanya kita hambanya yang mana cuma sikit je Allah tu uji kan. Hilangkan kapal terbang yang ya Allah bukannya kecik size tu kan. Kalau betul jatuh terhempas takkan lah sikit pun takde serpihannya. Kalau hijack takkan lah dengan zaman canggih tak boleh nak kesan. Apa pun kembali pada Allah. Ini semua kemahuannya nakkan kita hambanya kembali mohon kepadaNya. Mungkin sudah lama kita semua lupakanNya. 

Oleh itu, kita hambanya jangan putus asa. "Miracle do happen" terus berdoa dan mohon pada Allah. Sy hanya insan yang biasa tidak punya apa cuma meluah rasa. Have a good day people. Take care! 


0 comments: